Thursday, August 27, 2009

Bersihkan kucing

Membersihkan bukan sahaja untuk memeriksa kutu atau luka tersembunyi, tetapi juga merupakan kesempatan terbaik bagi anda dan anak kucing anda menikmati saat bersama.

Agar mendapatkan hasil terbaik dalam membersihkan kucing anda, mulakan secara teratur pada awal kehidupannya. Sekali seminggu biasanya, tetapi jika anda mempunyai kucing yang berbulu panjang seperti Persia atau Birma anda perlu bersihkan setiap hari untuk menghindari bulu kusut.

Cara bersihkan

Kunci untuk mendapatkan hasil yang baik dan teratur adalah kesabaran! Ingat, ini merupakan pengalaman baru bagi anak kucing anda (dan mungkin anda juga!) jadi berikan waktu sebanyak mungkin untuk mengetahui apa yang disukai anak kucing anda dan di mana tempat sensitifnya. Hati-hati dengan telinganya yang lembut dan sekitar perut.

Gunakan sikat untuk membuang bulu lepas atau kusut. Ianya bukan saja menghilangkan kekusutan, tetapi juga membantu mengurangkan banyaknya bola-bulu. Bola-bulu terbentuk di perut kucing kerana menelan bulu yang melekat di lidahnya waktu dia membersihkan dirinya sendiri. Bola-bulu ini boleh menyebabkan gangguan di dalam perut anak kucing.

Sisir bergigi lebar bagus untuk kucing berbulu panjang dan sisir bergigi nipis untuk yang berbulu lebih pendek, dan sisir kutu, yang sangat tipis, membantu membuang kutu-kutu dan kotoran kutu daripada bulunya.

Memandikan

Anda mungkin hairan mempelajari beberapa anak kucing ternyata suka dimandikan, tetapi jangan terlalu sering. Mencuci anak kucing anda dapat membantu mengurangkan bulu kusut pada kucing berbulu panjang. Untuk beberapa jenis kucing, mencucinya dengan sampoo yang mengandung ubat kadang-kadang diperlukan untuk merawat kulit mencapai keadaan tertentu. Tanyakan kepada doktor haiwan anda jika tidak yakin bagaimana memandikannya dan produk apa yang paling sesuai untuk keperluan itu.

Kuku anak kucing

Meskipun anak kucing melindungi kukunya dari kerosakan dengan menyembunyikannya di dalam jari, sebaiknya periksalah sekali untuk memastikan kuku itu tetap rapi dan tidak terlalu panjang.

Kuku yang terlalu panjang menyebabkan masalah tersendiri untuk anak kucing yang selalu hidup di dalam rumah, kerana merapikan kuku dengan mengasahnya di pohon atau pagar. Memberinya tempat mengasah kuku dapat membantu, tetapi jika masih menjadi masalah, anda perlu memotongnya.

Agar dapat melakukan hal ini dengan baik, anda perlu membeli gunting kuku kucing. Tekanlah telapak tangan kucing dengan lembut untuk mengeluarkan kuku dan potong ujungnya. Hati-hati agar tidak mengenai pembuluh darah. Jika Anda kurang yakin untuk melakukan ini, mintalah doktor haiwan anda memberi contoh bagaimana melakukannya

No comments:

Post a Comment