Wednesday, August 26, 2009

Cara mengontrol kutu

Kita tentu nak kucing kesayangan kita bebas dari masalah kutu. Apabila kucing kita menggaru-garu, menggigit dan menjilat bahagian badannya secara terus menerus, itu petanda kucing kita mungkin memiliki masalah dengan kutu.

Kesalahan yang sering dilakukan oleh pemilik kucing adalah gunakan ubat kutu yang berlebihan.Ramai pemilik kucing yang beranggapan bahawa makin banyak ubat makin baik untuk menghilangkan kutu. Belilah ubat kutu yang pada labelnya untuk kucing.

Kucing umumnya sangat sensitif dengan ubat kutu, oleh itu, bacalah label dengan baik sebelum menggunakannya. Kadang-kadang walaupun dah baca hati2, masih ada masalah pada kucing kita bila pakai ubat kutu . Kalau jadi macam tu,kita perlu jumpa doktor haiwan.

Kita boleh guna Shampoo dan dips Shamppo atau "flea bath" kalau kutu kucing kita banyak dan dapat dilihat di bahagian tubuh kucing. Kucing seringkali sangat susah untuk dimandikan sebab kucing takut air.Apa yang perlu kita tahu,shampoo kadang-kala tidak berkesan.Hanya untuk kawal pembiakkan kutu je.
Cuba tengok,bila kita dah mandikan kucing tu lpas semiggu,kutu ada lagi. Shampoo berkesan 2-3 hari saja.

Penggunaan shampoo akan meninggalkan kesan kimia pada kucing jika tidak digunakan dengan betul. Flea dips mengandung bahan kimia yang cukup keras untuk menghilangkan kutu. Shampoo kutu dan dips elok digunakan pada kucing dewasa.Flea collars ubat kutu berfungsi dengan cara mengeluarkan gas beracun untuk kutu dan sekaligus diserap ke dalam lapisan lemak subcutaneous.

Gas beracun ini umumnya hanya berkesan pada kepala dan leher. Ubat kutu yang bahan kimianya dapat diserap oleh lapisan bawah kulit jauh lebih berkesan.Kita perlu berbincang dengan doktor haiwan dalam memilih jenis ubat ini. Ubat nie hanya untuk kucing dewasa tapi tak semua kucing sesuai.

Flea powders and sprays Bedak kutu dan spray hanya diperuntukkan untuk melindungi kucing kita dalam jangka pendek (2-3 hari). Bedak dan spray hanya efektif digunakan pada kucing dewasa. Beberapa produk juga mengandung IGR untuk menghalang perkembangan telur dan perkembangan larva.Spot-on treatments efektif digunakan pada kucing dewasa. Biasanya digunakan pada bahagian belikat kucing dan dapat bertahan sampai 1 bulan.

Beberapa produk juga mengandung bahan untuk mengontrol telur dan perkembangan larva.Pengubatan Oral Pil kutu bekerja untuk menghentikan telur berkembang menjadi larva. Bahan kimia dari pil ini akan terserap oleh darah, sehingga kutu betina akan menghasilkan telur yang tidak dapat menetas menjadi larva. Perlu diperhatikan pil kutu tidak dapat membunuh kutu dewasa. Pengubatan dengan cara ini diperlukan untuk memutus siklus hidup kutu.

Kita perlu kawal kutu di rumah dan halaman. Perlu diingat bahawa perang terhadap kutu kucing tidak berhenti hanya sampai tahap pengubatan saja. Hanya sekitar 10 % dari populasi kutu (umumnya yang sudah dewasa) ada pada kucing kita. Telur, larva, pupa dan beberapa kutu dewasa berkeliaran di karpet, tempat tidur kucing dan tempat pemeliharan kucing kita. Kita perlu membersihkan dan membasmi kutu yang ada di luar tubuh kucing (90%) jika kita ingin masalah kutu ini berakhir pada kucing kita. Jika kita tak pedulikan hal ini, masalah kutu pada kucing kita akan tetap ada dan mungkin jadi lebih teruk dan kita pun akan dijangkiti juga.

5 comments:

  1. salam fizah...saya nak mntak pendapat.sy bru bli dlm 4hari female persian kitten,umur 2bln stgah.masalah yg sy hadapi adalah kucing sy ni dala hitam...tp menawan kot...jd apa saje yg melekat kt bdan dia akan nampak walaupun sehelai uban..hehhehe...termasuklah KUTU khianat yg menyemak kt bdn dia.xtaula dlm bentuk telur ke,pupa ke,pupil ke,larvake tp benda tu warna putih dan melekat2 kt bulu dia.snang citer da xtau nk wat apa dah.mandikan dia nga ubat kutu pn sudah..pakai sikat kutu pn xhilang2 smpi bulu dia yg hlang plak.tp benda putih tu still bgayut2 lg.naik geli sy..tlg la sy mcmne nk merawat mimie sy....huhuhu

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum wbt.

    cara yang paling mudah, jimat dan selamat...guna minyak telon (yg kita guna pada baby) lalu lumurkan pada badan dan bulu kucing. jika ada d telinga dan mukanya, urut dan sapukan perlahan2.jangan sampai masuk atau terkena mata kucing kita tuh. syiannn la kat 'dia'..hehe

    so, try sapu seminggu 2 kali. insyaALLAH berkesan.

    ReplyDelete
  3. u da tak update ke?
    sb sy pun nk share story pasal kucing jugak.. huhu...syg la..

    ReplyDelete
  4. saya dengar kata minyak telon beracun pada kucing. betul ke?

    ReplyDelete